Kos Makanan Pelajar Tahfiz Semakin Meningkat:
Bantuan Anda Diperlukan!

Cuba anda fikirkan keadaan anak-anak tahfiz kita. Untuk menghafal dan mempelajari AL-Quran, mereka memerlukan makanan yang berkualiti dan berkhasiat.

Namun, cabaran kewangan sering kali membatasi usaha kami untuk memberikan yang terbaik kepada mereka. Yuran bulanan yang mereka bayar sebenarnya tak cukup untuk pihak madrasah menampung kos perbelanjaan makanan mereka.

Demi membina generasi Quran, kami amat memerlukan sumbangan daripada anda.
Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa, ‘Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak ’, sedangkan yang satunya lagi berdoa ‘Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan hartanya.
HR Bukhari & Muslim

Kenali Kami

Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syarif ditubuhkan pada 1 Januari 2019 oleh mudir Allahyarham Omar Din bin Sharif. Madrasah ini pada asalnya ditubuhkan untuk memberi peluang kepada anak kecil usia 7-9 tahun untuk mula belajar menghafaz Quran dan tinggal di asrama. Ini kerana kebanyakan madrasah lain hanya menerima pelajar berumur 10 tahun keatas, barulah boleh tinggal di asrama.
Kami Perlukan Bantuan Anda

Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syarif kini menghadapi cabaran besar untuk menampung kos makanan harian pelajar. Dengan kos barang keperluan yang semakin meningkat, dana yang sedia ada tidak mencukupi untuk menyediakan makanan yang sihat dan mencukupi buat pelajar kami.

Ramai daripada mereka datang dari keluarga B40 yang tidak mampu menanggung yuran sepenuhnya, apatah lagi kos makanan tambahan. Dengan bantuan anda, kami dapat memastikan pelajar-pelajar ini terus fokus dalam menghafaz al-Quran tanpa rasa lapar.
Ke Mana Sumbangan Anda Akan Disalurkan?
  • Penyediaan makanan harian seperti beras, lauk-pauk, sayur-sayuran, dan buah-buahan.
  • Keperluan dapur seperti gas memasak, minyak, dan rempah ratus.
  • Meningkatkan kualiti makanan bagi memastikan pelajar mendapat nutrisi mencukupi untuk belajar dengan baik.
Bagaimana Anda Boleh Membantu?

INFAQ HARIAN
RM
untuk menaja kos makanan seorang pelajar untuk sehari
INFAQ MINGGUAN
RM
untuk menaja kos makanan seorang pelajar selama seminggu
INFAQ BULANAN
RM
untuk menaja kos makanan seorang pelajar selama sebulan
Tiada sumbangan yang terlalu kecil, setiap ringgit membantu mereka
Apa Yang Akan Berlaku Jika Dana Tidak Cukup?
  • Pelajar mungkin tidak dapat makanan yang mencukupi.
  • Kualiti pembelajaran mereka mungkin akan terjejas akibat tidak mendapat nutrisi secukupnya.
  • Madrasah tak dapat nak berikan yang terbaik untuk memelihara generasi Al-Quran.
Waktu yang Terbaik untuk Bersedekah adalah SEKARANG!
Selain dapat membantu masyarakat yang sedang dalam kesusahan, kita juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat.”

Hadis Riwayat Muslim

Baca doa ini ketika anda menyumbang:
“Ya Allah..dengan sumbangan yang aku berikan kepada Madrasah ini, Engkau permudahkanlah urusanku pada hari ini”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di Maahad Tahfiz.
3. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway CHIP, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada CHIP IN SDN BHD selepas pembayaran dibuat. CHIP merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.