Jemput Rezeki Dengan Sedekah Untuk Madrasah

Kita selalu terkejar-kejar untuk urusan kerja, selalu stress demi menyara keluarga tercinta, namun adakah kita lupa bahawa dengan amalan sedekah, pasti Allah akan permudahkan setiap urusan harian kita.

Waktu Terbaik Untuk Bersedekah Ialah Sekarang !

Bentengi hartamu dengan ZAKAT, ubati penyakitmu dengan SEDEKAH, dan hadapi ujianmu dengan DOA
- Hadis Riwayat Thabran -

Kenali Kami

Madrasah Tahfiz Darul Quran As Syarif (MTDQAS) ditubuhkan pada 1 Januari 2019 oleh mudir Allahyarham Omar Din bin Sharif. Madrasah ini terletak di Kampung Sungai Berlian, Batu 10, Jalan Labis, 8370, Yong Peng, Johor.
MTDQAS memulakan perjalanannya dengan tujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak yang tidak diterima masuk ke madrasah lain atas faktor umur antara 7-8 tahun.
Hari ini, MTDQAS bukan sahaja telah berkembang dengan jumlah 19 pelajar tetapi juga telah melahirkan 3 orang pelajar yang khatam hafazan 30 juzuk, dan seorang pelajar yang selesai imtihan syahadah 30 juzuk.
Madrasah sekarang dalam proses pembinaan tambah baiki fasiliti, bina bilik warden dan penambahan tandas pelajar.
Selain dari kesempitan wang untuk pembinaan, Madrasah juga memerlukan sedikit bantuan Tuan/Puan untuk perkara di bawah :
  • Menyokong 10 orang pelajar belajar secara percuma dalam tempoh 4 tahun.
  • Membina asrama yang lebih selesa.
  • Menyediakan makanan dan minuman yang berkhasiat.
  • Memberikan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan kondusif.
  • Membina generasi al-Quran.
Apa Berlaku Jika Anda Tidak Menyokong Hasrat Ini ?
  • Wang tabung madrasah berkurang untuk membayar segala komitmen bulanan madrasah serta gaji para asatizah dan staff.
  • Bekalan makanan pelajar semakin berkurang dan mereka tidak dapat menerima nutrisi harian yang mencukupi.
  • Perancangan jangka masa panjang untuk melihat madrasah ini terus berkembang akan terhenti.
Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya
Selagi mana asrama dan bangunan madrasah tahfiz ini dapat digunakan,
pahalanya akan terus mengalir kepada anda!
Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di Maahad Tahfiz.
3. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway CHIP, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada CHIP IN SDN BHD selepas pembayaran dibuat. CHIP merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.